Nasional

Pas tuntut penjelasan kilang arak dibenar beroperasi ketika PKP

Parti Islam Se-Malaysia (Pas) menuntut penjelasan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkaitan status surat kebenaran operasi terhadap sebuah kilang arak.

Surat kebenaran untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 terhadap kilang arak terbabit kini tular di media sosial.

Ketua Penerangan Pas Kamarulzaman Mohamad berkata, sekiranya surat kebenaran itu tulen maka beliau menggesa supaya MITI untuk membatalkan kelulusannya.

Kamarulzaman menegaskan, arak bukan dalam kategori perkhimatan yang diperlukan dalam PKP.

“Jika surat ini benar maka MITI digesa menarik kembali kelulusan tersebut kerana arak bukan tersenarai dalam kategori ‘essential services’.

“Arak tidak mendatangkan sebarang kebaikan bahkan lebih memudaratkan kepada setiap golongan.

“Arak menjadi punca kepada keruntuhan moral, keganasan rumah tangga dan pelbagai tragedi kemalangan maut telah direkodkan akibat bahana arak,” katanya.

Tambah Kamarulzaman, keutamaan seharusnya diberikan kepada agenda keselamatan nyawa rakyat disamping mengelakkan daripada kemurkaan Allah.

Dalam surat  kebenaran tersebut, kilang arak itu dikategorikan sebagai sektor makanan dan minuman, serta kluster pembuatan.-SM

(Visited 940 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button