Auto Travel

Webiner perkasakan usahawan wanita dalam industri pelancongan

Puspanita Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis akan menganjurkan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah “Women In Search Of Excellence (WISE)” Siri Ke-3 berjudul ‘Pemerkasaan Wanita Dalam Industri Pelancongan’ pada hari rabu ini 24 November 2021 bermula jam 9.15 pagi hingga 4.30 petang.

Penyempurnaan perasmian pembukaan program berkaitan sumbangan wanita dalam industri pelancongan tersebut akan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail manakala majlis penutupan pula oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pengerusi YTF.

Sesi 1 Ucaptama akan disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Kepimpinan (LEAD), Tan Sri Dato’ Dr. Noorul Ainur Mohd Nur.

Sesi Ke-2 akan dikongsikan oleh Head of
Tourism Planning Research Group (TPRG)
Dr. Nurhazliza Abdul Halim, Ketua Program
Politeknik Wilmar Bisnis Indonesia, Ibu Nekeu Novia Andriani dan Pengarah GR Travel and Tours Siti Marlina Ramly.

Sesi Ke-3 bermula 2.30 petang bertopik ‘Peranan dan Cabaran Wanita Dalam Industri Pelancongan’ akan disampaikan oleh Aktivis Masyarakat, Datin Seri Dr. Zainah Othman dan Pengerusi
Ayu Geo Nature Enterprise, Indara Rahayu Mohd Noor.

Bagi yang berhasrat untuk menyaksikannya bolehlah melayari : Youtube dan Facebook Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin – PTSS.
Bengkel ini adalah percuma dan terbuka kepada semua dan pendaftaran boleh dibuat melalui
https://forms.gle/JaDD9obt3byAfgov6.

Setelah memperkenankan keberangkatan baginda, Tuanku Raja Muda menitahkan bahawa Malaysia tidak terkecuali daripada kesan pandemik Covid-19 yang telah melumpuhkan sektor pelancongan secara global. Menurut baginda, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) telah melaporkan lebih 100,000 individu dalam sektor itu hilang pekerjaan pada tahun 2020 yang lalu.

Komponen guna tenaga pelancongan yang terjejas termasuk kepada golongan wanita meliputi industri perkhidmatan penginapan, sektor makanan dan minuman, pengangkutan penumpang, agensi pelancongan, perdagangan runcit, serta perkhidmatan-perkhidmatan khusus pelancongan negara.

(Visited 487 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button