Hiburan

Kontroversi curang: Shuk tak kenal siapa dalang penyebar

BULAN lalu, pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar dihimpit dengan kisah kontroversi berkaitan isu curang dengan isterinya.

Seorang pengguna Twitter telah bertindak menyebarkan kisah kecurangan Shuk bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Malah, turut disertakan pengguna Twitter itu ialah bukti-bukti yang memaparkan kisah kecurangan Shuk.

Sejak daripada itu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar tidak memberi sebarang komen walaupun dirinya dituduh dengan pelbagai kecaman netizen.

Namun, Shuk yang ditemukan semalam memberitahu ada sebab mengapa dia tidak memberi sebarang kenyataan balas berkenaan isu curang itu.

BACA> Tindakan Nia Ramadhani bela anjing dipertikai netizen

“Saya tidak melarikan diri pun sebab ketika kontroversi itu keluar, saya sedang membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga.

“Jadi ketika itu saya tidak mahu perkara itu menganggu kami apatah lagi hubungan saya dan isteri sebenarnya baik-baik sahaja,” katanya.

Menurut Shuk, isu curang itu sebenarnya sudah lama dan sudah diselesaikan dahulu namun telah disebarkan semula oleh individu yang tidak dikenali.

Malah, dia sendiri tidak tahu mengapa cerita itu diungkap kembali hingga tersebar meluas di laman sosial.

“Saya tidak kenal siapa individu yang sebarkan itu dan apa niatnya kerana perkara tersebut sudah lama berlalu.

BACA> Ara Johari dituduh ambil ‘barang’, minum arak

“Malah, saya dan isteri juga sebenarnya sudah berbincang untuk tidak mengulas lanjut berkenaan dengan perkara tersebut,” katanya.

Ditanya sama ada kontroversi itu memberi tekanan emosi kepadanya, jelas Shuk, sebagai manusia biasa, sudah pasti dia merasa sedikit kecewa dengan apa yang berlaku.

Namun bagi Shuk, dia mengambil apa yang berlaku sebagai sesuatu yang positif dan pengjaran dalam hidupnya.

“Setiap manusia mesti ada melakukan kesilapan dan begitu juga dengan saya. Cuma buat masa ini saya bersyukur kerana rumah tangga saya masih kekal utuh.

“Malah apa yang berlaku ini membuatkan saya lebih menghargai isteri dan akan cuba mempertahankan rumah tangga ini sebaik yang mungkin,” jelasnya.

Shuk berkahwin dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferahpada 20 Disember 2015 di kediaman keluarga isterinya di Sandakan, Sabah. -SM

(Visited 311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button