Alam SekitarBanjirBencana alam

Air naik, penduduk Taman Sri Muda takut banjir lagi

PETALING JAYA: Hujan lebat dan paras air semakin meningkat membuatkan penduduk dalam ketakutan di beberapa bahagian Taman Sri Muda, Shah Alam, sebulan selepas kawasan itu ditenggelami banjir besar.

Anbarasan Many, ahli Persatuan Penduduk Zon D Taman Sri Muda berkata kawasan rendah perbandaran itu telah dinaiki air setinggi betis di beberapa bahagian.

“Kami belum tahu punca banjir sekarang tetapi kami mengesyaki beberapa longkang tersumbat akibat sampah sarap dan serpihan yang tidak dibersihkan daripada banjir sebelum ini,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, katanya paras air di sungai dan pintu monsun masih rendah.

Anbarasan berkata, penduduk panik selepas mendengar siren banjir. Ia menyebabkan mereka takut kerana mereka trauma kesan dari banjir besar yang melanda kawasan itu bulan lepas.

Penduduk P Paramasivam, 56, berkata, air naik di sekitar jalan mengelilingi loji pembetungan air berhampiran selepas hujan lebat.

Beliau berkata hujan lebat mengejut melanda pada pukul 3 petang dan hanya reda kira-kira pukul 5 petang.

Paramasivam berkata jalan di sekitar loji pembetungan itu telah ditenggelami air sejak bertahun-tahun lamanya, namun tiada apa yang dilakukan.

“Kami bernasib baik kerana rumah kami selamat kali ini. Tetapi kami tetap berwaspada apabila hujan hari ini,” katanya.

Sekurang-kurangnya 25 orang maut dalam banjir di Selangor, dengan kebanyakan kematian berlaku di Taman Sri Muda.

 

(Visited 436 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button