Ekonomi

Wawawien pilih Fasha Sandha jadi duta

SYARIKAT Wawawien menerusi rangkaian jenama Wawawien Beaute dengan penghasilan Vitamin C Gebu Glow mensasarkan jualan sebanyak 20 juta tahun ini.

Sasaran itu dilihat berkemungkinan besar boleh menjadi kenyataan menerusi pelantikan aktres Fasha Sandha sebagai duta produk dipasarkan itu.

Pelantikan ibu kepada tiga cahaya mata itu diumumkan pada 17 Januari (hari ini) dalam satu majlis bertemakan drama Emily In Paris di sebuah premis acara di ibu kota.

Syarikat milik 100 peratus bumiputera itu ditubuhkan Ogos 2015. Ia bermula dengan status enterprise dan bertukar Sdn Bhd sejak 20 Julai 2020.

Syarikat itu diusahakan dua beradik kelahiran Kedah, Maizatulnazwa Mohd Zulkifli (Wawa), 34, dan adiknya, Nurul Nazwin Mohd Zulkifli (Awien), 29.

“Kami melalui fasa lumrah dalam hidup yang ada turun naik. Saya dan adik bekerja sebagai pramugari asalnya. Selepas berhenti kami bergelut meneruskan hidup sebagai manusia, isteri dan ibu.

“Kami memulakan perniagaan menjual 200 helai tudung dari rumah bermodalkan duit simpanan sekitar RM2,000 hingga tercetus Wawawien Collection. Masa tahun 2017 pernah rasa putus asa dan nak makan gaji dapat pendapatan bulanan. Namun kami tidak mengalah.

“Seterusnya pada September tahun 2020, kami mencabar diri meneroka pasaran kecantikan pula menerusi Wawawien Beaute. Daripada situ lahir rangkaian produk tunggal berasaskan vitamin C dipanggil Gebu Glow. Moga pelantikan duta ini akan terus memberi nilai tambah kepada kami,” kata Wawa selaku Ketua Pegawai Operasi syarikat itu.

Tambah Wawa lagi, mereka menggunakan pendekatan modul ‘business to business’ dengan menyediakan platform latihan dan pembangunan kerjaya untuk agen.

Hingga kini sudah ada lebih 2500 agen berdaftar di seluruh negeri.

“Niat kami nak bantu mereka yang hidup susah termasuk golongan suri rumah atau bekerjaya menjana pendapatan. Kami pernah susah, jadi kami mahu sama sama senang dengan lain dengan hanya buat duit dari rumah.

“Kami sasar 20 juta jualan tahun ini dan 1000 usahawan berjaya. Kami seperti pengedar yang mencari agen. Jadi jangan segan dekati kami

“Jadi agen dengan modal permulaan RM299 saja dan keuntungan boleh meningkat hingga 40 peratus,” katanya.

Sementara itu, Awien selaku Ketua Pegawai Eksekutif pula menambah, minat dan obses dia dan kakaknya terhadap dunia kecantikan antara mendorong
kelahiran produk berasaskan vitamin C itu.

Mereka mahu mendidik bahawa memiliki kulit sihat adalah lebih utama berbanding memutihkannya.

“Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Kami sendiri jenis suka makan suplemen untuk jaga kecantikan dan kesihatan diri.

“Saya dan kakak sendiri berkahwin di usia muda. Saya kahwin di usia 21 tahun. Cuma selalu orang akan skeptikal yang vitamin C menambah selera makan. Hakikatnya tak.

“Cuma kami ini spesis tak suka makan ubat dalam bentuk tablet. Sebab itu ia dikeluarkan dalam bentuk serbuk. Ia juga meningkatkan imunisasi badan dan mencantikkan kulit sihat. Ia jauh sekali untuk memutihkan kulit. Ibu mengandung dan budak dari umur tujuh tahun pun selamat nak guna,” katanya.

Awien berkata pemilihan Fasha seiring pengaruh, populariti dan statusnya sebagai ibu yang masih menjaga kecantikan dan memenuhi tanggungjawabnya sebagai isteri serta ibu.

“Ikutkan kami lebih selesa guna terma pengguna setia berbanding duta. Dia (Fasha) bermula daripada mencuba produk itu secara ulasan di Instagram.

“Dia sendiri menggunakan produk itu secara konsisten dan memuji semangat kami untuk bantu golongan suri rumah dan ibu. Dia sendiri bergelar ibu dan tahu bagaimana kesusahan golongan ibu di era pandemik COVID-19. Dia menyokong visi dan misi kami.

“Istimewa serentak dengan pengumumannya sebagai duta hari ini (17 Januari), dihadirkan set edisi terhad, Fasha Box Gebu Glow menggabungkan perisa kegemarannya blackcurrant dan strawberi dalam satu sachet. Hanya 25,000 kotak saja dikeluarkan. Sekotak ada 10 sachet dengan harga RM29.90 dan boleh beli menerusi agen sah di tanda pagar #GGboss. ,” katanya.

Serentak mengalu alukan kehadiran Fasha sebagai duta Gebu Glow, sejak 13 Januari lalu juga sudah mula dinaikkan 50 billboard wajahnya di sepanjang lebuh raya di seluruh Malaysia.

Jenama ini beribu pejabat di Setia Alam. Butiran lanjut di Instagram: @wawawienbeaute atau talian 0162420884. -SM

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button