EkonomiNegeri

Raja Muda lawat kilang Fairy Food Industries di Sungai Petani

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mencemar duli ke kilang Fairy Food Industries Sdn. Bhd di Kawasan Perindustrian Ringan, Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengerusi Fairy Food Industries Sdn Bhd, Tan Ah Kiang; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tan Shua Huan; dan Eksekutif Kanan, Tengku Abdul Samad Abdul Hamid.

Tuanku Syed Faizuddin Putra diberi sembah maklum mengenai pemprosesan produk keluaran kilang Fairy Food Industries Sdn. Bhd di Kawasan Perindustrian Ringan, Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

Syarikat ini diasaskan pada tahun 1983 oleh adik-beradik Tan, Tan Ah Kiang dan Tan Kooi Hwak.

Permulaan awal operasi dimulakan di No. 66, Jalan Ibrahim, Sungai Petani dengan nama Fairy Cake House.

Fairy kini diketuai oleh Pengarah Urusan Tan Ah Kiang yang berpengalaman 30 tahun dalam perniagaan bersama Pengarah Eksekutif, Tan Kooi Hwak yang menyelia pengeluaran di bawah prosedur kawalan kualiti yang ketat serta 28 tahun berpengalaman dalam pengeluaran bakeri.

Tuanku Syed Faizuddin Putra diberi sembah maklum mengenai operasi kilang Fairy Food Industries Sdn. Bhd di Kawasan Perindustrian Ringan, Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

Syarikat ini turut mempunyai 10 buah kedai cawangan termasuk 3 restoran di sekitar Perlis dan Kedah serta sebuah kios di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) serta 7 buah kedai francais.

Perniagaan utama syarikat ini termasuklah pembuatan dan pengedaran kek, pelbagai jenis roti, pastri dan barangan makanan lain yang dikekalkan sehingga kini.

Syarikat ini memperoleh Pensijilan Halal sejak tahun 2004 dan dipantau oleh Tengku Abdul Samad.

Kilang ini juga mempunyai sijil Hazard Analysis dan Critical Control Point (HACCP) dan Good Manufacturing Practice (GMP) sejak 2016 lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra diberi sembah maklum mengenai operasi kilang Fairy Food Industries Sdn. Bhd di Kawasan Perindustrian Ringan, Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan mengadakan lawatan kilang di mana proses roti, kek, pizza dan beberapa produk lain dihasilkan.

Pengurus Pengeluaran dan Pembuatan, Mugilan Govindaraju juga mempersembahkan maklum kepada Baginda operasi mesin dan proses demi proses penghasilan setiap produk yang dikendali oleh 120 pekerja.

Keberangkatan Raja Muda ini selepas mengetuai program kayuhan amal “MCCC Ride with HRH The Crown Prince Of Perlis’ anjuran Malaysia-China Chamber of Commerce (MCCC) Perlis dan Kedah di sekitar Sungai Petani. – SM

BACA Pemangku Raja Perlis lawat Halal Science Center, Nikachi Art Gallery, muzium di Pattani

BACA CVIA diharap terima pelabur Korea Selatan – Pemangku Raja Perlis

(Visited 129 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button