Hiburan

Fazley Yaakob – Eh! Ada lagi

TOLAKLAH minggu pertama, memang tiada penyingkiran para peserta yang menyertai program reality televisyen Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Minggu pertama para peserta memperkenalkan diri masing-masing menerusi lagu yang pernah mempopularkan diri mereka suatu ketika dahulu.

Di minggu kedua juga tiada penyingkiran kerana ia dianggap potong stim sebab baru nak masuk gear 1, dah kena brek!

Minggu keempat semua peserta semestinya menyedari, persembahan mereka bukan konsert percuma tetapi persembahan adalah pertandingan yang mana masing-masing perlu mengekalkan kedudukan berada dalam liga perlawanan atau pertandingan.

Jika tidak mahu tersingkir, kenalah menyajikan persembahan yang menggamit para juri memberi markah yang menjamin kedudukan.

Jika minggu lepas netizen sibuk mendokakan agar Datuk Fazley Yaakob terkeluar atau tersingkir daripada pertandingan, nampaknya doa jahat itu tidak dimakbulkan.

Bahkan Fazley tetap melangkah ke minggu berikutnya walaupun kedudukan markah yang diperoleh, antara yang terendah atau bottom two!

Catatan Fazley dalam Instagram (IG)nya berbunyi seperti berikut:

Minggu ke-4! Allahhuakbar! Rezeki yang saya tidak pernah jangka! Pentas hebat ini sangat besar untuk keupayaan saya yang sedang-sedang sahaja.

Jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain yang terlalu dahsyat dalam dunia nyanyian.

Menurut Fazley, walaupun beliau seorang chef dan pernah menjadi penyanyi rakaman sebelum ini, namun ia bukanlah satu alasan baginya untuk patah semangat dalam meneruskan langkah di pertandingan GV8.

Beliau lebih bersemangat untuk beraksi pada persembahan di minggu seterusnya serta berusaha untuk kekal bersaing dengan para peserta lain.

Lebih memandang dirinya sebagai seorang tukang masak, Datuk Fazley Yaakob menganggap adalah satu kebetulan dirinya pernah menjadi penyanyi rakaman berbanding rakan-rakan peserta lain yang pernah menjuarai sama ada pertandingan nyanyian yang hebat-hebat atau pun sering membuat persembahan di pentas besar sepanjang kerjaya seni mereka.

“Saya tabik hormat kepada semua peserta Gegar Vaganza. Saya sangat kerdil di sisi anda semua. Namun ini tidak pernah bermakna saya patah semangat malahan tetap kekal berusaha untuk lakukan lebih baik dari minggu sebelumnya.

“Apa pun saya sudah berniat dari awal akan berusaha untuk buat lebih baik dari minggu selepasnya. Komen juri Datuk Syafinaz sangat memberi saya kekuatan seolah-olah memahami dan tahu kerja keras serta dapat melihat usaha yang saya panjatkan setiap minggu,” ujar Fazley. – SM

(Visited 436 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button