Ekonomi

Ramly Burger: ‘Mini PETRONAS’ dalam sektor pembuatan makanan negara

KESAN Covid-19 yang melanda dunia hari ini tidak mengenal sama ada negara itu adalah sebuah negara maju, negara sedang membangun atau negara dunia ketiga kerana kesan wabak pendamek itu ternyata mengurangkan pergerakan manusia dan seterusnya aktiviti-aktiviti ekonomi yang sebelum ini, amat rancak berjalan.

Berdasarkan data menunjukkan hampir 800,000 rakyat di Malaysia tiada pekerjaan ataupun hilang pekerjaan dalam tempoh sehingga April 2020, baru-baru ini. Angka itu bersamaan dengan kadar 5%.

Jika kita intai negara jiran kita Singapura, mereka juga tidak terkecuali. Masalah pengangguran iaitu antara dua hingga tiga peratus yang berlaku disifatkan sebagai angka  pengangguran yang tinggi untuk penduduk di Kota Singa tersebut.

Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden mereka, Donald Trump, menerima kesan Covid-19 yang paling parah semenjak krisis the Great Depression dengan peratusan 13 hingga15 peratus penganggur.

Negara-negara Asean lain pun begitu juga ceritanya dan melalui keadaan yang kalau tidak sama, tetapi hampir serupa selepas tempoh hibernisasi Covid-19.

Persoalan yang bermain dalam minda pemain-pemain industri termasuk indsutri makanan, perkhidmatan dan pembuatan di Malaysia ialah BAGAIMANA AUTOMASI, DIGITALISASI BOLEH MERUBAH?

Perubahan itu berdasarkan faktor-faktor di bawah:

  1. Krisis Pandemik Covid-19 boleh mencipta peluang pekerjaan baharu.
  2. Malaysia perlu merangka peluang baharu dengan menghala ke aktiviti “higher value added”.
  3. Untuk rekod Malaysia sebenarnya bergantung hampir sepenuhnya kepada tenaga asing (pekerja asing) untuk sektor pekerja bukan mahir.
  4. Malaysia antara negara di rantau ini yang mengeluarkan kualiti graduan teknikal dan semi teknikal terbaik selepas Singapura. Faktor (2) di atas is achievable.

Isu berkaitan dengan jenama Ramly bukan sengaja mahu dibangkitkan oleh SUARA MERDEKA. Jenama Ramly adalah brand atau jenama yang sudah berada di pasaran sejak 40 tahun lepas.

Dan tidak keterlaluan jika dikatakan di sini bahawa jenama Ramly berkembang secara organik dan jenama Ramly diterima oleh semua golongan atau lapisan bangsa di Malaysia.

Keupayaan kilang Ramly yang terletak di Pulau Indah bakal kuasai 40% segment pembuatan makanan sejuk beku di Malaysia.

Pada awalnya perkembangan Ramly tiada sebarang bentuk dana khas yang diterima oleh pihak pengurusan Ramly. Bukan mahu mendabik dada tetapi hakikatnya, Ramly berdiri di atas kaki sendiri.

Sedikit sejarah yang diintai tentang pengurusan tertinggi Ramly, pernah memohon beberapa Dana Kerajaan selepas beberapa agensi Kerajaan mempelawa Ramly kerana merasakan mereka layak untuk menerima sokongan kerajaan. Rata-rata pihak kerajaan amat bangga dengan kejayaan Ramly.

Untuk rekod, kehadiran sebanyak 25,000 ‘budak’ burger Ramly di seluruh Malaysia (1Malaysia) sudah cukup membuktikan Ramly membantu mengisi ruang pengangguran yang ada dalam negara, khususnya membantu golongan B40 menambah pendapatan. Perniagaan ‘budak’ burger mencecah RM700 juta setahun dan nilai yang diterjemahkan dalam bentuk Ringgit ini akan terus berkembang sekiranya Ramly mendapat sokongan yang berterusan.

Transformasi melalui “RAMLY FROM TRADISIONAL TO DIGITAL” sudah tentu dapat memastikan bahawa golongan Burger boys Ramly juga akhirnya nanti akan menjadi pembayar cukai taksiran LHDN.

Jika perniagaan Ramly berkembang sudah tentu lebih banyak cukai dapat dikutip, jika barangan Ramly dapat dieksport sudah tentu ia menambah pendapatan Kerajaan.

Dan tidak terkecuali, sebagai sebuah syarikat Islam, Ramly wajib menyumbang zakat dan dengan zakat yang dibayar, kita boleh membantu mereka yang layak dan memerlukan bantuan tanpa perlu disebut siapakah golongan yang layak untuk diberikan bantuan.

Ramly adalah CP of Malaysia dan bakal muncul sebagai World Halal Champion. Ramly juga adalah mini PETRONAS dalam sektor pembuatan makanan jika dijaga dengan baik dan didokong dengan jitu.

Sekarang ini orang bercakap mengenai FOOD SECURITY, FOOD PRODUCTION. Soal petani, soal pertanian, soal mengurangkan import makanan. Ia berkait rapat dengan menyokong Ramly, maknanya menyokong apa yang disebutkan tadi.

Itu belum lagi kita bercerita tentang potensi perniagaan upstream. Potensi Ramly untuk menjadi Integrator Ayam pertama Bumiputera.

Tidak pernah Ramly meminta untuk menjadi ‘anak emas’ dan jauh sekali mencari keuntungan dan kesempatan atas sokongan Kerajaan.

KILANG RAMLY DI PULAU INDAH ADAPTASI IR 4.0…

Kilang Ramly Food Industries Sdn. Bhd. yang terletak di Pulau Indah, Selangor, sedikit sebanyak boleh membantu melatih semula graduan tempatan (reinventing – in addressing the mismatch between our graduates and required by the market).
Kerjasama apprentice, latihan dan internship atau latihan amali bersama pihak swasta adalah perlu.

Begitu juga ia boleh menaikan kualiti Technical and Vocational Education and Training (TVET).

Kedua-dua pihak yakni Kerajaan dan swasta mempunyai tanggungjawab bersama dalam upskilling and resklilling tenaga kerja kita.

Bukan mahu mengungkit kerana barang yang lepas, jangan dikenang. Umpama lirik lagu dendangan Allahyarham Seniman Agung Tanah Air, Tan Sri P.Ramlee tetapi ‘luka’ masih berparut dalam dada.

Tiga tahun lalu, kerajaan pernah mengeluarkan bantuan dalam bentuk grant atau domestic investment support fund  berjumlah RM59 juta.

Grant pemberian kerajaan itu adalah bagi membantu sebahagian daripada modal syarikat untuk mengembang atau meneroka bidang baharu termasuklah membesarkan lagi kilang yang ada.

Malangnya grant sejumlah itu dicincang halus dan tinggalah sekelumit untuk diserahkan kepada syarikat dan ‘disedekahkan’ sahaja jumlah yang ciput itu kepada usahawan yang lebih memerlukan.

Inilah kekecewaan yang dirasai dan disimpan dalam kalbu kerana bercakap pun, siapa yang mendengar dan apakah jumlah asal grant yang disebut tadi, dapat diserahkan bulat-bulat seperti mana persetujuan awal kerajaan untuk membantu RAMLY. – SM

(Visited 1,420 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button