Bencana alamPolitik

Waterjet harga kayangan RM1,000 seunit

PEMUDA parti Amanah yang meminta sumbangan RM1,000 untuk membeli waterjet bagi kegunaan membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir mengundang pandangan yang skeptikal.

Ada dalam kalangan netizen mempersoalkan mengapakah harga waterjet mencecah RM1,000 sedangkan di kedai-kedai, dakwa mereka, harganya tidaklah sampai mencecah angka tersebut.

“Waterjet jenis apa yang dia nak beli ni? Saya pun ada waterjet yang berjenama dan berkualiti di rumah dan harganya hanya RM300-RM400 sahaja. Sudah banyak kali saya guna dan sampai sekarang boleh dipakai,” kata Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Katanya lagi, “kepada Pemuda Amanah, nak minta sumbangan, boleh. Jika niat itu baik, perlu juga urus supaya tiada ketirisan atau pesepsi ketirisan dalam sumbangan ini.”

Beliau berkata, meskipun niat membantu mangsa banjir adalah langkah terpuji namun ia perlulah dilakukan dengan ikhlas tanpa mempunyai agenda mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain demi kepentingan peribadi.

Terdahulu Pemuda Amanah menerusi poster memaklumkan, hasrat mereka mensasarkan pembelian 65 unit waterjet berharga RM1,000 setiap satu. – SM

(Visited 507 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button