Nasional

Program Proklamasi Melayu Tun Dr Mahathir petang ini dibatalkan

SATU program kontroversi menampilkan bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan hari ini dibatalkan selepas dua venue menarik balik kebenaran mereka untuk mengadakan “Proklamasi Melayu”.

Jurucakap penganjur, Sekretariat Tanah Air, memberitahu FMT bahawa ia kini telah digantikan dengan sidang media oleh bekas perdana menteri di ibu pejabat Putra, pada pukul 3 petang ini.

TUN Dr Mahathir Mohamad

Semalam, dilaporkan pihak penganjur memutuskan untuk menangguhkan acara itu selepas dua venue membatalkan kebenaran mereka untuk mengadakan program itu.

Program itu dijangka dihadiri sekurang-kurangnya 300 orang.

BACA https://suaramerdeka.com.my/tun-dr-mahathir-letak-jawatan-sebagai-pengerusi-parti-pejuang-tanah-air/

Sekretariat Tanah Air menggambarkan dirinya sebagai sekumpulan sukarelawan Melayu berjuang untuk menyelamatkan majoriti etnik negara daripada ditakluki oleh minoriti.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada pihak dikatakannya menggunakan kaum dan agama untuk mencetuskan perbalahan.

BACA https://suaramerdeka.com.my/demi-agama-bangsa-dan-tanah-air-tun-dr-mahathir-tinggalkan-pejuang/

Beliau berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk hasutan perkauman dan akan terus menjunjung Perlembagaan Persekutuan, berjanji akan memimpin kerajaan inklusif. – SM

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button