Nasional

Watak Siri Animasi Keluang Man Akan Muncul Dalam Bentuk NFT

Karakter animasi TV popular sekitar akhir tahun 90-an, Keluang Man bakal diterjemahkan dalam bentuk NonFungible Token (NFT) dalam masa terdekat.

Menurut wakil Iconic Animation Studio Sdn. Bhd. (Iconic), Muhamad Firdaus Omar dalam satu kenyataan, koleksi edisi NFT watak siri animasi Keluang Man dijangka akan mengubati kerinduan peminat.

“Bagi menjayakan projek koleksi edisi NFT ini, ia mendapat kerjasama tiga pihak melibatkan Iconic, IZ Digital Network Sdn. Bhd. (IZDN) dan Kelab Keluang Man.

“Iconic akan lebih kepada menguruskan preservasi aset Siri Animasi Keluang Man merasakan NFT merupakan salah satu medium teknologi yang amat berkesan dalam memasarkan Keluang Man di seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, wakil IZ Digital Network (IZDN), Najieb Mokhtar berkata, IZDN bertindak sebagai rakan kerjasama yang menyediakan dan menguruskan platform NFT.

Dalam masa sama, IZDN akan memasarkan NFT Keluang Man yang dihasilkan oleh para karyawan Iconic Animation Studio dengan kerjasama Karyawan Kelab Peminat Keluang Man.

“IZDN menawarkan medium teknologi NFT kerana ia amat berkesan kepada para karyawan dalam memasarkan hasil kreatif mereka secara meluas ke seluruh dunia dengan segera.

“Yang paling penting medium teknologi NFT ini amat berkesan dalam menjaga keselamatan dan ketulenan setiap aset karya kreatif para karyawan, artis, kompiser dan penerbit,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kerjasama Iconic, IZDN dan Kelab Keluang Man diharapkan bakal menjadi permulaan yang besar kepada hasil karya industri animasi negara.

“Keluang Man bakal melakar sejarah kejayaan yang tersendiri dengan penghasilan Koleksi Edisi NFT ini dengan izinNya,” katanya kenyataan itu.

NFT telah berkembang menjadi satu industri preservasi aset yang besar di seluruh dunia dengan jumlah transaksi pasaran melebihi USD 17 billion pada tahun 2021 berbanding USD 82 Juta pada tahun 2020.

(Visited 530 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button