Nasional

Wake Up Tioman! 30 pensyarah bergabung pulih terumbu karang!

SERAMAI 30 pensyarah daripada sembilan universiti tempatan bergabung untuk melaksanakan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dinamakan ‘Wake Up Tioman: Mitigating Climate Change Through Social Innovation’ di Kampung Tekek, Pulau Tioman pada 20-22 Julai 2023 lalu.

Diterajui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), projek itu bertujuan memulihara terumbu karang untuk kelestarian alam sekitar, serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti pulau tersebut tentang pemusnahan terumbu karang, perubahan iklim, dan amalan pengurusan sisa makanan yang betul.

Pengarah Projek, Dr. R Kanesaraj Ramasamy daripada Universiti Multimedia (MMU), projek ini membuktikan aktiviti pemuliharaan alam sekitar boleh dijalankan seiring dengan membangunkan masyarakat setempat di pulau itu.

“Inisiatif ini memberi tumpuan kepada kelestarian untuk memulihara dan melindungi keindahan semula jadi dan kepelbagaian Pulau Tioman,” katanya.

30 pensyarah berkenaan adalah daripada Universiti Multimedia (MMU), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), dan Universiti Teknikal Melaka (UTeM).

Dr Kanesaraj berkata, projek itu merupakan pendekatan komprehensif untuk pemulihan pulau melalui inovasi sosial.

“Ia bermula dengan penanaman terumbu karang baharu, meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim dalam kalangan murid sekolah, diikuti dengan pendidikan masyarakat mengenai pengurusan sisa makanan yang berkesan dan amalan penyelenggaraan pulau.

“Bersama-sama komuniti setempat, inisiatif ini akan memacu pulau itu ke arah masa depan yang mampan, dengan ketara menyumbang kepada mengurangkan kesan perubahan iklim,” katanya.

Majlis perasmian projek disempurnakan oleh Dato’ Mohd Sharil Abdullah, Pengarah Bahagian Kerjasama Industri dan Masyarakat dari Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi, dan turut dihadiri oleh Mustaza Mukri, Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Penaja acara termasuk Yayasan Telekom Malaysia sebagai Penaja Berlian, dan Malaysia Rail Link sebagai Penaja Platinum.

Projek berkenaan turut dijayakan oleh Lembaga Kemajuan Tioman (TDA), Reef Check, Yayasan Universiti Multimedia (YUM) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tekek. -SM

Baca : PM ucap tahniah kepada India atas pendaratan bersejarah di bulan

(Visited 60 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button