Nasional

Bank Negara perlu berada di sisi peminjam ketika susah – Ku Li

BANK Negara Malaysia (BNM) diminta bertimbang rasa dan perlu berada di sisi pemimjam ketika dalam keadaan ekonomi yang sukar ketika ini.

Ahli Parlimen Gua  Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sepatut Bank Negara mengambil pendirian yang memihak kepada peminjam.

Lagi pula kata beliau, pendapatan daripada faedah sewa beli dalam tempoh beberapa bulan ini tidaklah banyak mana.

“Sepatutnya sebagai sebuah badan penyelia kewangan, Bank Negara di waktu sebegini, perlu berada di sisi peminjam,” kata Tengku Razaleigh kepada Free Malaysia Today

Isu moratorium timbul apabila Bank Negara dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) membuat kenyataan bahawa peminjam perlu membayar faedah dalam tempoh enam bulan tawaran moratorium bagi pinjaman sewa beli, susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Dalam soalan lazim atau FAQ diedarkan BNM Mac lalu antara lain dikatakan menyatakan bayaran bulanan sewa beli tidak akan berubah sebelum dan selepas tempoh moratorium 6 bulan.

Bagaimanapun, baru-baru ini peminjam diberikan dua pilihan yang memilih moratorium, iaitu sama ada mereka membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan bersama ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan faedah tambahan, atau memilih untuk meneruskan pembayaran ansuran selepas Oktober 2020 dengan lanjutan enam bulan tempoh bayaran balik selepas tarikh matang.

Maksudnya, dalam tempoh moratorium itu terdapat faedah ke atas faedah yang tertangguh bayaran kerana mengambil tawaran moratorium.

Bank Negara kemudiannya mengesahkan kenyataan ABM itu dan turut mengumumkan perubahan prosedur moratorium pinjaman perjanjian sewa beli termasuk pembiayaan Islam berkadar tetap.

Menurut, Tengku Razaleigh, industri perbankan merupakan satu-satunya industri yang sentiasa untung tanpa mengira waktu.

Katanya, ketika perniagaan lain menanggung kerugian akibat PKP, sektor perbankan tetap menjana keuntungan.

Katanya, dengan moratorium sekali pun, industri bank mendapat keuntungan daripada pinjaman yang lain dan mereka tidak mungkin rugi melainkan mereka mencuri atau menipu.

Tengku Razaleigh menegaskan, jika u diberi moratorium,  bermakna mesti dikecualikan penalti, faedah dan sebagainya.

Katanya, bukan sahaja mengenakan faedah dalam tempoh itu satu kesalahan, fikir untuk memberi faedah pun salah kerana bertentangan dengan perundangan syariah.

 

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button