Ekonomi

Raja Perlis berangkat terima taklimat perancangan pelaburan Perlis

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima taklimat perancangan pelaburan dalam pelbagai sektor di negeri Perlis oleh syarikat Mutiara Perlis Sdn Bhd yang dipersembahkan oleh Pengerusinya Datuk Shabaruddin Ibrahim di Bilik Mesyuarat Galeri DiRaja Arau semalam.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir sama mengiringi baginda berdua ialah Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof.

Tuanku Raja Perlis amat mengambil berat perihal pembangunan negeri. Dalam titah baginda ketika berangkat merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 pada minggu lalu, baginda menekankan betapa perlunya selain pelaburan oleh Kerajaan untuk melaksanakan projek-projek prasarana awam, peranan swasta dalam melonjak dan mempercepatkan lagi pembangunan negeri amat kritikal. Oleh itu, pelaburan swasta dalam pelbagai sektor ekonomi negeri perlu diteruskan dan digalakkan lagi.

Tuanku Syed Sirajuddin juga mahu segala perancangan pembangunan di negeri Perlis sentiasa dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkoordinasi demi untuk kesejahteraan rakyat.

(Visited 586 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button