Nasional

Bapa tikam anak perempuan berusia setahun

SEORANG lelaki tergamak menikam anaknya yang baru berusia setahun dalam kejadian di sebuah rumah flat di Puchong Permai, Selangor petang tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kejadian tersebut dimaklumkan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Bukit Puchong.

“Suspek yang berusia 27 tahun dipercayai telah mengamuk dan menikam anak perempuannya di bahagian perut.

“Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Serdang dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya di sini hari ini.

Menurut Abd. Khalid, pihaknya turut merampas sebilah pisau pemotong roti.

Tambahnya, kes kini sedang disiasat dan pihaknya juga akan memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). -SM

(Visited 432 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button