Bencana alamKebakaranNasionalNegeri

Waspada bakar jerami cuaca panas kering semakin ekstrem – Ruhisha

PERINGATAN untuk rakyat Perlis khususnya pesawah yang membakar jerami selepas musim tuaian padi diminta berwaspada kerana cuaca kering dan panas yang semakin ektrem.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Ruhisha Haris berkata, pastikan pembakaran jerami dilakukan dalam kuantiti kecil dan sentiasa dalam keadaan terkawal.

“Kumpul dahulu dan jauhi kawasan ternakan, pertanian dan kediaman,” katanya kepada sidang media selepas Perbarisan Tahunan 2023 di Dataran JBPM Perlis di Persiaran Tuanku Syed Putra di sini hari ini.

Pada majlis itu juga diberikan penghargaan kepada pelbagai pihak termasuk Suara Merdeka.

Ruhisha berkata, kebakaran di Perlis dari Januari sehingga hari ini juga mencatatkan sebanyak 109 kes.

“Kebakaran belukar, sampah dan lalang masih menjadi panggilan utama pada tempoh tiga bulan pertama,” katanya.

Beliau berkata, biasanya pada tiga bulan pertama di Perlis akan mewakili 50 peratus statistik keseluruhan kes di sepanjang tahun.

Ruhisha berkata, disebabkan musim Angin Timur pada tahun ini lebih panjang berbanding tahun lalu maka jentera JBPM Perlis terus bersiap siaga.

“115 anggota dan pegawai bersiap sedia dan cuti dibenarkan hanya 20 hingga 30 peratus sahaja,” katanya. – SM

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button