Hiburan

Penyanyi senior Rohana Jalil sudah keluar ICU

PENYANYI popular era 80an dan juga ibu kepada pelakon Kilafairy, Rohana Jalil yang sebelum ini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semakin menunjukkan perkembangan positif.

Penyanyi yang popular dengan lagu Rayuanku itu juga sudah dipindahkan di wad biasa namun masih dalam pemantauan rapi petugas perubatan.

GAMBAR tangkap layar Facebook Haiza

Perkembangan terbaharu Rohana dikongsi oleh rakan artis, penyanyi dangdut dan penyampai radio, Haiza kepada Astro AWANI.

Menurut Haiza, melalui berita yang dikongsi kaum keluarga dan rakan-rakan lain, Rohana sudah memberikan maklum balas yang sangat baik.

Haiza yang berkesempatan menziarahi penyanyi veteran itu pada 6 Syawal lalu berkata, pada pertemuan singkat, kedua-dua mereka berbual tentang banyak perkara.

“Alhamdulillah, saya gembira dan bersyukur melihat Kak Ana (panggilan buat Rohana) tempoh hari. Beliau mempunyai semangat yang sangat kuat untuk kembali pulih seperti biasa.

“Kak Ana bersungguh-sungguh memberitahu saya dia mahu cepat sembuh dan pulang ke rumah untuk bersama keluarga,” kata Haiza.

Media sebelum ini melaporkan Rohana atau nama sebenarnya Dara Abd Jalil, 68, dimasukkan ke hospital pada 18 April lalu kerana mengalami kebocoran usus.

Juara Bintang RTM 1980 itu menerima kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkesempatan menziarahnya pada 23 April lalu. – SUMBER ASTRO AWANI – SM

BACA Haiza bikin kisah gila talak jadi lagu baharunya

BACA Sunting Kilafairy, tudung MINAZ laris 250,000 helai

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button