Nasional

Wartawan Harian Metro, Dwan Inzaghi dedah mungkar dan munafik dalam MRF Consultant (M) Sdn Bhd

Seorang wartawan Harian Metro, Ridzuan Abdul Rahman mendedahkan dia pernah berada dalam sidang media MRF Consultant (M) Sdn Bhd yang kononnya mahu membantu penggiat seni memiliki rumah.

Ujar Ridzuan yang menggunakan nama Facebooknya Dwan Inzaghi, sebagai wartawan dan manusia yang diberi logik akal agak sukar menerima konsep pemilikan rumah yang tersangatlah mudah.

“Aku hidup lagi untuk menyaksikan kemungkaran dan kemunafikan makhluk bernama manusia. Aku mengaku ini adalah artikel aku dan kehadiran aku pada sidang media hanya untuk melaporkan peristiwa yang berlaku.

“Maka terhasillah artikel yang sangat jujur ini walaupun semasa majlis itu berlangsung perasaan aku sangat tidak selesa. Namun aku bersangka baik sahaja,” tulisnya.


Bagaimanapun sebagai manusia yang diberi logik akal, agak susah untuk Dwan hadam pemilikan rumah secara mudah begitu.

“Orang-orang besar konon ditampilkan sebagai Penaung sebagai modus operandi untuk menjerat mangsa. Akhirnya Allah memberikan jawapan.

“Aku malas nak tulis panjang lebar. Baca, fikir dan nilai sendiri. Inilah alam disebalik mata,” dedahnya.

Hal ini didedahkan Dwan selepas MRF Consultant (M) Sdn Bhd menulis dalam Facebooknya bahawa kononnya penulis media sosial tidak menyemak fakta sebelum membuat hantaran.

Pada 17 Ogos 2022, Harian Metro mengeluarkan gambar dan laporan sidang media Rumahku Syurgaku dan menyatakan Datuk Undang Luak Johol, Negeri Sembilan, Datuk Muhammed Abdullah adalah penaungnya.

NORANIZA mengiringi Nur Atiqa (dua dari kiri) menyerahkan dokumen unit kuota Rumahku Syurgaku kepada Muhammed (dua dari kanan) yang diperkenalkan oleh MRF Consultant (M) Sdn Bhd.
NORANIZA IDRIS mengiringi Nur Atiqa (dua dari kiri) menyerahkan dokumen unit kuota Rumahku Syurgaku kepada Muhammed (dua dari kanan) yang diperkenalkan oleh MRF Consultant (M) Sdn Bhd.

Namun pada hari ini (21 September 2022), MRF Consultant (M) Sdn Bhd mengeluarkan satu kenyataan media bertarikh 20 September 2022 kononnya Muhammed cuma tetamu undangan syarikat semata-mata.

Selain Dwan, ramai lagi pihak tampil termasuklah Pseudoscience Watch menerusi Facebooknya membuat pendedahan mengenai modus operandi MRF Consultant (M) Sdn Bhd ini.

Pelbagai asakan dan soalan diajukan namun MRF Consultant (M) Sdn Bhd membalasnya dengan jawapan berlandaskan emosi dan bukannya fakta yang tidak boleh diragukan.

Ditanya lain, dijawabnya lain

Guna artis untuk kaburi mangsa?

Menerusi siasatan media sosial yang dijalankan, MRF Consultant (M) Sdn Bhd turut menggunakan artis-artis tempatan untuk memberi review yang murni tentang skim Rumahku Syurgaku yang ditawarkan.

Saya media dan ada cukup bukti

 

(Visited 1,406 times, 6 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button