Hiburan

Sufian Suhaimi sudah bersedia untuk beristeri

PENYANYI, Sufian Suhaimi terbuka hati dan sudah bersedia bagi menamatkan zaman bujangnya jika sudah bertemu jodoh yang memenuhi ciri-ciri idamannya.

Menurutnya, dia gembira dengan kehidupannya sekarang bersama keluarga, rakan-rakan, kerjaya yang stabil hingga muncul rasa untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya dah ready, anytime to go, jika ada jodoh, ada restu ibu bapa, ada keserasian, in shaa Allah jalan.

“Saya sangat happy dengan kehidupan sekarang, sangat seimbang dari segi kawan-kawan, keluarga, kerjaya, saya tidak ada rasa terburu-buru tapi rasa berkeinginan itu ada.

“Saya tidak kisah artis atau orang biasa dan kalau sesuai, serasi, kita jalan je. Saya mahu seseorang yang bila bersama, rasa bahagia, tak terbeban, saling mencukupi dan sedap mata memandang,” katanya.

Tambahnya lagi, tidak timbul sebarang rasa cemburu atau kurang ketika melihat seorang demi seorang rakan baiknya dalam industri bertemu jodoh.

“Saya gembira melihat sorang-sorang rakan industri menamatkan zaman bujang, meneruskan fasa seterusnya dalam kehidupan dan ini adalah rezeki mereka dan saya suka melihat rakan-rakan dikurniakan rezeki baik-baik.

“Bagi saya, Tuhan itu sangat adil. Dia bagi rezeki yang seimbang untuk semua. Ada orang bertemu jodoh awal, ada yang dapat rezeki kerjaya baik, keluarga dan rakan-rakan yang baik.

“Jadi hari ini saya tiada perasaan lain selain daripada gembira dan saya mendoakan segala kebaikan buat Haqiem dan pasangan,” ujarnya. – SM

(Visited 315 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button