fbpx


Nasional

Warkah dari Syria untuk rakyat Malaysia

ASSALAMUALAIKUM wa Rahmatullahi wabarakatuh

Agensi berita melaporkan antara 100,000 hingga 200,000 penduduk Maarat al Nu’man telahpun melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa.

Ada yang terpaksa meninggalkan mayat ahli di bawah sisa runtuhan bangunan dan mengebumikan jenazah di tepi jalan adalah perkara lumrah kepada pelarian Syria yang menjadi mangsa serangan tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya, Rusia.

Segala perkara perlu dibuat dengan tergesa-gesa. Jika tidak, mereka pula akan menjadi arwah.

Bagi memastikan diri tidak menjadi korban, mereka bergerak ke kawasan yang dirasakan selamat dalam keadaan berlapar dan kesejukan dengan keadaan cuaca yang ekstrim.


Jika di musim panas suhunya melebihi 40 selsius. Di musim sejuk di sebaliknya. Suhu semakin menjunam sehingga 3 selsius.

Tiada yang indah menjadi pelarian

Sementara menuju ke kawasan utara yang telahpun sesak dengan jutaan mangsa yang senasib, tiada tempat yang layak untuk berteduh kecuali di kem-kem pelarian yang amat daif keadaannya.

Bagi yang bernasib baik, dapatlah khemah dan bagi yang malang mereka terpaksa mengutip apa sahaja untuk dibuat tempat berteduh.

Sejak serangan besar-besaran dilancarkan, berpuluh-puluh pekan dan kampung telah kosong selepas penduduk dan pelarian yang sebelum ini berlindung di situ bergerak ke arah kawasan sempadan Syria-Turki seperti di barat daya Rif Haleb, Urum al Kubra dan Atarib.

Di situ, wujud pelbagai kem yang sebelum ini tidak pernah kami didengari seperti kem Al Andalus dan Al Rahmat dan lain-lain lagi.

Itu semua tidak penting. Apa yang menjadi keutamaan menyalurkan bantuan semampu mungkin.
Hasil sumbangan daripada pelbagai pihak telah membolehkan bantuan disalurkan kepada mereka yang datang dari Maarat al Nu’man, Talmanes, Maarat Haramah, Jarjanaz, Maasran dan berpuluh-puluh kawasan lain.

Terima kasih Syria Care, terima kasih rakyat Malaysia

Hakikatnya, lebih banyak sumbangan diperlukan kerana jumlah mereka sentiasa bertambah selain keadaan yang amat teruk ketika ini.

Sudahlah cuaca sejuk dengan angin kencang, hujan turut menyebabkan tanah becak dan berlumpur.

Sehingga kini, lebih 2000 pek makanan telah diagih kepada di kem-kem berkenaan namun ia hanya mampu untuk bertahan untuk tempoh 10 hari sahaja.

Saya ulangi sekali lagi, pek berkenaan hanya mampu bertahan untuk tempoh 10 hari sahaja. Apa akan jadi selepas itu?

Justeru, saya amat berharap sumbangan berterusan terus disalurkan kepada kami.

*Warkah ini telah ditulis dan dihantar oleh Abu Ahmad al Shamy, Ketua NGO Khir Gota di timur Idlib.

Khair Gota adalah rakan kerjasama Syria Care dalam Syria yang membantu kerja-kerja menyelaras dan mengagih bantuan yang disalurkan rakyat Malaysia di dalam Syria.

Razali Awang
Media Syria Care

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button