Nasional

Lima negeri akan diberi tumpuan oleh Kementerian Kesihatan

KEMENTERIAN Kesihatan akan memberi tumpuan kepada lima negeri yang sedang berdepan penularan kes Covid-19 yang tinggi dengan fokus segera kepada proses vaksinasi dan aspek pengukuhan kesihatan awam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, negeri terbabit ialah Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

“Negeri ini bukan hanya akan menerima bekalan vaksin yang lebih tinggi tetapi juga sudah memulakan proses pemindahan tenaga kerja dan set perubatan daripada negeri yang tidak lagi memerlukan set dan tenaga kerja berlebihan.

“Ini adalah usaha untuk memastikan kes harian dan bilangan mereka yang terpaksa dimasukkan ke hospital atau mengalami gejala serius serta kes kematian dapat dikurangkan di negeri itu dan untuk seluruh negara,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, langkah segera bagi membendung0 penularan itu adalah sama seperti yang dilaksanakan melalui Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley yang dipengerusikan Chee Keong.

Mengenai tambahan enam juta dos vaksin COVID-19, Khairy berkata, bekalan berkenaan adalah bagi tujuan stok penimbal dan pihaknya akan mempertimbang bila akan menggunakannya.

“Kini kita tahu peruntukan itu ada. Ketika ini, vaksin yang dijadualkan bagi September mencukupi, namun jika ada kekurangan dan berlaku gangguan bekalan, kita akan menggunakan bekalan berkenaan.

“Untuk bulan ini, sebanyak 15.16 juta dos vaksin akan diperuntukkan ke negeri dan negeri yang menerima paling banyak vaksin adalah Johor (1.9 juta dos), Kedah (1.3 juta dos), Kelantan (1.2 juta dos), Pahang (1.4 juta dos), Perak (1.6 juta dos), Pulau Pinang (satu juta) dan Sabah (2.9 juta dos),” katanya.

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button