fbpx
Politik

Warisan tidak paksa sekutu guna logonya

Tiada sebarang paksaan terhadap rakan sekutunya Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk menggunakan logo Warisan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Presiden Warisan, yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sekiranya rakan sekutu tidak mahu menggunakan logo Warisan tidak apa, tiada paksaan.
“Namun, kita nyatakan kepada mereka supaya jangan ada kekeliruannya, saya tidak tekankan. Apa yang penting, kita kerjasama.
“Tapi kalau mereka mahu lagi bagus supaya jangan ada kekeliruannya. Namun, kalau tidak mahu pun, tidak apa.
“Bagi saya tiada paksaan tapi, adalah lebih baik menggunakan satu logo,” katanya lapor Borneo Today.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengerangan PKR Sabah, Simsudin Sidek bahawa penggunaan satu logo yang dicadangkan itu tidak strategik dan mengundang bencana kepada parti.
Mengenai persediaan Warisan dan rakan sekutu Pakatan Harapan (PH) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Mohd Shafie berkata, mereka sudah bersiap siaga untuk menghadapi PRN.
Namun, dari segi pengagihan kerusi dan penentuan calon akan dibincangkan dalam masa terdekat ini.
Menyentuh soal kekeliruan yang mungkin timbul berkaitan PRN dan semakan kehakiman yang sedang berjalan di mahkamah, beliau berkata, ia terserah kepada mahkamah kerana beliau tidak mahu mengganggu proses mahkamah.
“Saya tidak mahu cakap apa-apa mengenainya. Kita serahkan kepada institusi berkaitan kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ada bidang kuasa untuk mengumumkan tarikh, mahkamah juga ada bidang kuasa, begitu juga TYT. Jadi, kita serahkan kepada mahkamah untuk menentukan apabila sampai masanya,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button