Nasional

Teknologi digital, AI dan IoT perlu dalam kurikulum baharu

MAHASISWA perlu sedar akan keperluan kewujudan kurikulum baharu seperti teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) dan penggunaan internet pelbagai benda (IoT).

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim membangkitkan perkara itu ketika hadir pada program ‘Temu Anwar’ di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan.

WARGA USIM tidak melepaskan peluang bergambar dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. – GAMBAR FACEBOOK

“Ini mustahak jika Malaysia benar-benar bersedia untuk menjadi negara kelas pertama dengan menyesuaikan diri dengan perubahan serta peredaran teknologi dunia semasa.

“Nescaya, saya percaya, graduan negara yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang tersebut bakal mendapat peluang di dalam industri berdasarkan permintaan semasa,” katanya dalam catatan di akaun Facebook beliau.

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan luar biasa oleh warga USIM di Nilai pada program ‘Temu Anwar’ di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) . – GAMBAR FACEBOOK

Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri Anwar ditanya tentang kewujudan sebuah hospital universiti buat pelajar perubatan USIM seperti mana kemudahan yang dimiliki oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Lantas saya umumkan, perkara tersebut sedang diteliti kerajaan memandangkan ia keperluan mendesak selain membabitkan kualiti kediaman para pelajarnya.

“Insya-Allah, masa depan anak bangsa yakni bakal pemimpin negara satu hari nanti ini bakal terjamin dengan penuh gemilang,” kata Perdana Menteri.

Sementara itu, Perdana Menteri Anwar turut meluangkan masa hadir pada program ramah mesra bersama masyarakat India sekitar kawasan Desa Cempaka, Nilai.

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada program ramah mesra bersama masyarakat India sekitar kawasan Desa Cempaka, Nilai.

Pada program tersebut, Anwar titip pesanan agar kebajikan semua kaum harus dijaga.

“Kendatipun berbeza fahaman politik namun perlu ada kebersamaan di antara pemimpin dan masyarakat India termasuk di Negeri Sembilan dalam mewujudkan persekitaran harmoni tanpa mengabaikan hak rakyat,” ujar beliau.

Selaku Perdana Menteri, Anwar menegaskan, akan bersifat adil dan saksama kepada semua kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang dan kecenderungan politik.

“Sayugia, semua inisiatif kerajaan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), baik pulih sekolah daif, subsidi elektrik dan haji diberikan kepada semua serta tidak terjurus kepada satu kaum sahaja,” katanya. – SM

 

 

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button