Nasional

Gaji dan elaun menteri sudah okay – Khalid Samad

GAJI dan elaun  bulanan yang diterima oleh para menteri adalah memadai termasuk sebahagiannya dimasukkan ke dalam akaun parti.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, gaji yang diberikan kepada menteri-menteri dari Amanah, selalunya 30 peratus dimasukkan dalam akaun parti.

“Rasa dah okay ((Elaun dan gaji menteri) , kita punya gaji juga kalau dapat, masuk dalam akaun parti.

“Macam Amanah, 30 peratus gaji masuk dalam akaun parti. Adillah kerana parti juga bantu kita (menteri dan ahli parlimen),” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media pencapaiannya di ibu pejabat kementerian di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas mengenai desakan supaya gaji dan elaun menteri di potong selari dengan hasrat kerajaan untuk menjimatkan perbelanjaan.

Malah, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mencadangkan supaya kerajaan memotong elaun ahli-ahli politik dan menteri.

Cadangan itu timbul ekoran kontroversi kerajaan memansuhkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) di kalangan doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang baru menyertai perkhidmatan awam mulai tahun hadapan.

Menurut Khalid, menteri yang turut menyandang jawatan anggota parlimen cuma mendapat elaun dan gaji menteri sahaja.

“Menteri kita dapat gaji dan elaun dari menteri sahaja walaupun sebagai ahli parlimen.

“MP (ahli parlimen) kalau hadir dewan rakyat sehari dapat RM400, menteri tak dapat sebab itu elaun sudah dipotong.

“Siapa yang mengadu sebenarnya gaji menteri dulu (sewaktu zaman BN) lebih tinggi,” katanya.

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button