Politik

WARISAN cuba cari ‘tapak’ di Perlis

PERLIS terpilih sebagai negeri ke empat parti WARISAN yang cuba mengembangkan sayapnya di Semenanjung Malaysia.

Terdahulu, parti itu menerusi Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal melancarkan platformnya di Perlis selepas Johor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Pada majlis pelancaran hari ini, turut hadir, Pengerusi WARISAN Perlis, Datuk Abdul A’zib Saad.

Mohd Shafie Afdal semasa melancarkan parti WARISAN di Perlis di Hotel Seri Malaysia, Kangar

Mohd Shafie berkata, pihaknya yakin WARISAN akan mendapat tempat di hati rakyat Perlis.

“Setakat ini difahamkan sambutan yang diterima adalah menggalakkan sekaligus memberi petanda baik kepada parti baharu ini,” katanya.


Shafie Apdal berkata, atas sebab itulah WARISAN bakal meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang untuk bertanding di Perlis.

“Rakyat tahu menilai seseorang calon dan kerana itu WARISAN tidak gentar kerana sebelum ini undi juga diberikan kepada parti bebas,” katanya.

Apapun beliau berkata, WARISAN akan menampilkan calon yang boleh diamanahkan untuk memperjuangkan suara dan hak rakyat.

Jadi tidak mustahil jika percaturan WARISAN untuk menakluk hati pengundi Perlis tidak akan sia-sia.

Ini kerana rakyat semakin merasa tertindas dengan isu makanan dan kenaikan harga barang yang tidak berkesudahan.

Semua menunggu PRU15 supaya calon dipilih dapat melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab. –  SM

(Visited 90 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button