Uncategorized

19.2 juta orang telah menerima dos pertama vaksin

JUMLAH rakyat Malaysia yang telah mendapat satu dos vaksin kini berjumlah 19.241 juta orang atau 82.2 peratus daripada keseluruhan penduduk dewasa.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan sehingga semalam 13.487 juta atau 61.9 peratus orang dewasa telah lengkap menerima kedua-dua dos.

Labuan mencatatkan peratusan tertinggi penduduk dewasa yang telah lengkap menerima kedua-dua dos iaitu 93.2 peratus.

Diikuti Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (89.5 peratus), Sarawak (86.6 peratus), Negeri Sembilan (77.1 peratus) dan Perlis (65 peratus).

Malaka (56.6 peratus), Pulau Pinang (54.0 peratus) dan Pahang (50.10 peratus).

Manakala negeri-negeri lain masih di bawah 50 peratus.

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button