fbpx
Nasional

Waris, jemaah haji mangsa kren tumbang terima pampasan RM1.17 juta

RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud menzahirkan keprihatinan apabila menyerahkan sumbangan peribadi kepada jemaah haji mangsa kren tumbang pada 2015.

Mungkin itu dapat mengurangkan sedikit duka kehilangan orang tersayang yang terkorban akibat sebuah kren tumbang ketika menunaikan ibadah haji.

Justeru, waris bagi mangsa yang terkorban menerima pampasan berjumlah 1 juta Riyal (RM1.17 juta) bagi setiap keluarga.

Manakalah bagi setiap mangsa yang cedera akibat insiden berkenaan menerima 500,000 Riyal (RM587,574).

Pampasan tersebut disampaikan oleh Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr. Mahmoud Hussien Saeed Qattan dalam satu majlis makan tengah hari ini.


Majlis anjuran Tabung Haji, turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan timbalannya, Fuziah Salleh serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff.

Menurut Mahmoud Hussien, beliau bersimpati kepada waris mangsa dan menghargai kerjasama Kerajaan Malaysia dan TH kerana membantu mengenal pasti jemaah Haji negara ini yang terkorban.

“Selepas kejadian itu, keprihatinan TH terhadap waris dan keluarga mangsa dipuji Kerajaan Arab Saudi termasuklah mengadakan badal haji kepada mereka yang meninggal dunia,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Mujahid turut menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada Raja Salman atas keprihatinan terhadap mangsa.

“Kami berterima kasih atas kebaikan dan kemurahan hati Raja Salam yang memberikan pampasan peribadi kepada waris dan keluarga mangsa,” ucapnya.

Pada 2015, lebih 100 jemaah haji terkorban manakalah 230 lagi cedera apabila sebuah kren tumbang akibat dilanda ribut. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button