Hiburan

Rezeki muka sama macam Neelofa

Tak sangka tuah adik Che Naura Auni yang seiras dengan selebriti terkenal iaitu Neelofa ini kerana akhirnya dapat juga berjumpa dengan artis kegemarannya itu menerusi rancangan MeleTOP beberapa hari lepas.

Kanak-kanak ini mula tular di serata media sosial selepas sepupunya memuat naik gambar Naura di laman Twitter dan seterusnya meraih perhatian Neelofa yang turut mengakui bahawa kanak-kanak itu kelihatan sepertinya.

Selepas daripada pertemuan mereka, adik Naura jelas tidak dapat menyorokkan rasa gembiranya sehinggakan walaupun sudah kembali ke rumah, dia masih lagi bercerita tentang kakak Neelofa. Habis dicanang ke semua sepupunya!

Che Fahdlullah (32) menganggap ia adalah rezeki anaknya kerana kanak-kanak berusia 5 tahun itu sudah sekian lama menyatakan hasrat untuk bertemu dengan selebriti popular tersebut.

Ayahnya juga tidak menolak takdir sekiranya anak perempuannya itu bakal menjadi artis suatu hari nanti.

“Saya pun bukan kerja bagus, kerja kilang sahaja. Kalau ada orang bagi tawaran berlakon, jadi model atau iklan, saya tak tolak.

“Tapi janganlah sampai ia menjejaskan Naura, sebab dia masih kecil. Tapi saya anggap rezeki, untuk simpanan masa depan dia juga,” katanya.

Lelaki  itu turut menjelaskan bahawa dia mula perasan anaknya ada iras Neelofa apabila beberapa rakan Facebooknya telah meninggalkan komen sedemikian pada gambar Naura.

“Mula-mula saya macam tak percaya. Nak mengaku nanti orang cakap perasan. Jadi saya post macam biasa lepas tu ramai komen kata macam Neelofa,” katanya.

Punyalah hebat penangan adik Naura Auni iaitu ‘mini me’ Neelofa ini sehinggakan akaun Instagramnya kini sudah mencecah 18,000 orang pengikut.

(Visited 715 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button