Politik

Warganet kongsi nama 13 ahli Parlimen mohon undi belah bahagi

WARGANET berkongsi nama 13 ahli Parlimen yang bangun untuk menyokong cadangan supaya diadakan undi belah bahagi bagi meluluskan Belanjawan 2021 di media sosial.

Senarai itu mengandungi nama Ahli Parlimen Langkawi (Pejuang) Tun Dr. Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Jerlun (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu (Pejuang) Amiruddin Hamzah; Ahli Parlimen Sri Gading (Pejuang) Shahruddin Md. Salleh

Ahli Parlimen Pokok Sena (Amanah) Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Shah Alam (Amanah) Khalid Abdul Samad; Ahli Parlimen Lumut (Amanah) Datuk Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Sepang (Amanah) Mohamed Hanipa Maidin.

Turut disenaraikan Ahli Parlimen, Ahli Parlimen Kuala Selangor (Amanah) Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Langat (Amanah) Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.

Juga disenaraikan Ahli Parlimen Pasir Gudang (PKR) Hassan Karim; Ahli Parlimen (PBS) Selangau Baru Bian dan Ahli Parlimen (DAP) Mas Gading, Mardi Bimol.


Sidang Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 pada peringkat dasar selepas mendapat sokongan daripada ahli Parlimen.

Cubaan Mahfuz memohon untuk undi belah bahagi gagal apabila hanya 13 orang ahli Parlimen daripada blok pembangkang bangun untuk menyokong usulnya.

Belanjawan 2021 dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu dan seramai 82 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung dari 9 hingga 19 November.

Menteri berkenaan mula menggulung pada 23 November sebelum Tengku Zafrul menggulung bagi pihak Kementerian Kewangan hari ini kira-kira sejam diikuti dengan pengundian untuk meluluskan Belanjawan itu.

Kelulusan RUU berkenaan akan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.

Pengundian hari ini adalah langkah pertama yang perlu dilalui belanjawan kerajaan Perikatan Nasional.

Selepas ini ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan yang akan bermula Isnin 30 November untuk diundi sekali lagi sebelum diluluskan.-SM

(Visited 215 times, 2 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button