Nasional

Warganegara China dan India dikecualikan visa tahun depan

PELANGONG warganegara China dikecualikan daripada dikenakan visa tahun depan.

Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan warta perintah itu pada 26 Disember dan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjalankan fungsi menteri dalam negeri berkata, pelancong China dan India perlu berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik disediakan ketua pengarah seperti tertakluk di bawah subseksyen 2(1) Akta Pasport 1966.

Tempoh lawatan pelancong China dan India berkenaan terhad kepada lima belas hari sahaja dan tidak boleh dilanjutkan.

Pelancong terbabit juga tidak dibenarkan untuk memohon apa-apa pas lain di bawa Peraturan-Peraturan Imigresen 1963  selain perlu mempunyai penerbangan perjalanan balik.

Mereka dibenarkan mendaftar untuk masuk semula ke Malaysia selepas tempoh 40 hari dari tarikh keluar dari Malaysia.

Baru-baru ini pelancong China dan India ke Malaysia menjadi perhatian apabila Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga 2018.

Menurut laporan itu sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

“Bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar.

Selain itu, dilaporkan juga wujud kelemahan dalaman yang serius dalam pelaksanaan Sistem Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (eNTRI) dan MyIMMs ketika proses di pintu masuk pelancong.

“Pihak audit berpendapat pengurusan Jabatan Imigresen dan kawalan dalam di pintu masuk kurang cekap kerana pengesahan data kemasukan pelancong secara manual dan offline tidak dikemaskini.

“Keadaan itu mengakibatkan data apungan sebanyak 1.56 juta dalam tempoh 2016 sehingga 2018,” kata laporan berkenaan.

Semua penemuan itu dibuat dalam Laporan Audit Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mengenai aktiviti kementerian, jabatan kerajaan dan badan-badan persekutuan.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Teo Kok Seong berkata, angka yang didedahkan sehingga mencecah belasan ribu menunjukkan ramai pelancong tinggal di negara ini secara tidak sah.

Kok Seong mengakui undang-undang di negara ini ketat, bagaimanapun kata beliau, kita lemah dari segi penguatkuasaan sehingga pelancong-pelancong itu berani tinggal di Malaysia secara tidak sah.

“Justeru, kerajaan serta pihak Imigresen patut ambil tindakan tegas terhadap mereka ini kerana menggugat kedaulatan negara,” kata beliau.

Dua hari lalu Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) telah menubuhkan Skuad Sukarelawan Putra yang dianggotai oleh 1,000 orang.

Putra mendakwa skuad itu ditubuhkan untuk membantu pihak berkuasa mengesan warga asing yang tinggal melebihi tempoh di negara ini.-SM

 

(Visited 492 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button