Politik

Warga emas lumpuh tetap tunai tanggungjawab keluar mengundi

WALAUPUN tidak lagi mampu berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak namun
ia bukan satu penghalang buat seorang wanita warga emas untuk melaksanakan tanggungjawabnya keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Maisarah Othman, 65, dari Kampung Parit Kadi berkata, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk keluar mengundi sewaktu boleh berjalan sehingga kini dia mengalami lumpuh dari pinggang ke bawah dan terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda.

“Walaupun susah nak bergerak saya kuatkan semangat hendak juga pergi membuang undi. Sejak beberapa hari
lalu saya dah pesan dengan anak-anak untuk bawa saya mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail 1.

“Saya bertanggungjawab untuk membuang undi kerana mahu memilih calon wakil rakyat dan parti yang akan
membentuk kerajaan baru di Johor,” katanya ketika ditemui selepas mengundi di SK Sultan Ismail 1.

Menurut Maisarah, dia mahu memilih pemimpin dan kerajaan negeri yang baik untuk mentadbir Johor yang
sekaligus dapat membantu rakyat terutama golongan B-40.

Katanya, dia juga turut memastikan kesemua anaknya termasuk seorang daripada mereka berstatus pengundi
muda untuk sama-sama melaksanakan tanggungjawab tersebut.

“Saya puashati dapat keluar mengundi dan memilih calon Wakil Rakyat yang saya mahukan. Undi saya adalah
rahsia, hanya saya sahaja yang tahu,” ujarnya. -SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button