Nasional

Apa kena ‘Inspektor Shiela’ buat hal lagi?

BIKIN hal lagi. Seorang pegawai polis wanita yang menghina anggota polis pangkat bawahan pada Khamis lalu tular sekali lagi apabila dia mencetuskan kekecohan di parkir sebuah pusat beli-belah.

Ia susulan video yang berdurasi seminit 30 saat tular di media sosial apabila wanita yang dikenali sebagai ‘Inspektor Shiela’ memarahi individu yang dipercayai orang awam ketika mahu meletakkan kenderaan.

Menerusi video tersebut dia telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, seolah-olah menghina individu berkenaan.

“Cantik you (awak) ini. I (saya) suka you. Ini adalah pakaiannya, sangat cantik, anak-anak muda patut tiru gaya dia. Seksi,” jeritnya lagi.

Orang awam tersebut juga kedengaran cuba untuk melawan namun pegawai kanan itu terus menjerit ke arahnya.

“Apahal kau ini? Did you just literally harassed me right now? Go away,” katanya sambil meminta pegawai berkenaan untuk beredar dari kawasan parkir tersebut.

Tindakannya yang menimbulkan kekecohan telah menyebabkan rata-rata netizen berasa tidak berpuas hati dan mahu tindakan tegas diambil terhadap wanita itu. – SUMBER SINAR HARIAN – SM

 

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button