Nasional

Warga Singapura Buat Akaun Palsu Burukkan Johor Penuh Dengan Peragut Bermotorsikal

Sebuah akaun Facebook menggunakan nama Les Lynn Lim dikenal pasti telah membuat satu posting kononnya Johor penuh dengan peragut bermotosikal.

Ketika siasatan dibuat, akaun Facebook berkenaan hanya memiliki satu posting awam bermula tarikh 1 April 2022 dan menyebarkan kandungan palsu berkenaan.

Oleh sebab akaun Facebook berkenaan tiada posting lain yang lebih awal daripada tarikh 1 April 2022, Unit Gerak Siasat Kandungan (UGSK) menyifatkan ia bukan akaun original.

“Namun kesan daripada kandungan palsu berkenaan dalam 48 jam sahaja, ia berjaya meraih 3,800 perkongsian, 696 reaksi yang pelbagai serta 13 komen daripada pengguna Facebook.

“Sedangkan posting berkenaan melibat video campuran rompakan melibatkan penjenayah bermotorsikal daripada negara lain termasuklah Mexico,” ujar UGSK dalam satu kenyataan.

Facebook perlu mengambil tindakan ke atas akaun Les Lynn Lim ini kerana telah menimbulkan kontroversi dan persepsi negetif ke atas Johor untuk perkara yang tidak wujud.

(Visited 593 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button