NasionalParlimen

Kerajaan kekalkan subsidi minyak masak polibeg

SUBSIDI minyak masak polibeg 1kg dikekalkan dengan peruntukan RM4 bilion pada tahun ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, peruntukan subsidi minyak masak tahun ini adalah jauh lebih tinggi berbanding RM500 juta yang diperuntukkan pada 2020 serta RM2.1 bilion pada 2021.

Tambahnya lagi, subsidi minyak masak botol hanya diberi sementara yang bermula pada Ogos tahun lalu itu, asalnya dikhususkan selama tiga bulan sahaja untuk membantu rakyat yang terkesan ketika pandemik COVID-19.

Namun, disebabkan oleh kenaikan harga minyak sawit mentah yang kian melonjak kerana permintaan tinggi di pasaran dunia, kerajaan telah melanjutkan perlaksanaannya sehingga Jun 2022 dengan kerseluruhan peruntukan sebanyak RM382 juta.

Bagaimanapun, kerajaan terpaksa memansuhkan subsidi minyak masak botol selepas ia banyak diselewengkan pihak industri, komersial dan aktiviti penyeludupan.

“Isu Kerajaan tidak membantu rakyat tidak seharusnya timbul kerana subsidi minyak masak polibeg 1 kg masih lagi diberikan malahan telah ditambah peruntukannya.”

”Minyak masak yang disubsidi oleh kerajaan ialah sebanyak 60,000 metrik tan metrik sebulan. Ia sebenarnya melebihi keperluan sebenar, tetapi kejadian seperti penyeludupan minyak masak subsidi dan ketamakan segelintir masyarakat membuatkan minyak tidak cukup” katanya.

Dengan kekuatan 2,200 penguatkuasa KPDNHEP, usaha membanteras penyeludupan minyak masak akan ditingkatkan dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk PDRM, Kastam, MAQIS, dan RELA. -SM

 

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button