Jenayah

Warga Emas Terlalu Syok Cium Pakaian Dalam Wanita Sampai Tak Sedar Dirakam!

Perbuatan seorang lelaki warga emas melakukan onani sambil mencium pakaian dalam wanita di sebuah flat di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, di sini, mengundang padah apabila dia ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima satu aduan berkaitan seorang lelaki mengambil pakaian dalam yang dijemur berhampiran flat terbabit jam 2.44 petang, semalam.

“Lelaki terbabit juga dilihat mencium pakaian dalam berkenaan dan melakukan perbuatan onani.

“Perbuatan itu dilihat serta dirakam oleh jiran mangsa yang kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan perkara berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amihizam berkata, susulan aduan itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 62 tahun yang tinggal di Puchong, Selangor untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 berhubung kes itu.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Sebarang maklumat mengenai kes jenayah di daerah ini, laporkan segera pada pihak polis dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03- 22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

 

(Visited 574 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button