Nasional

Warga emas rugi RM3.81 juta gara-gara geran IMF

SEORANG warga emas merupakan mangsa terbaharu penipuan di facebook dan kerugiannya bukan sedikit tetapi RM3.81 juta.

Semuanya bermula melalui facebook hingga di mana lelaki berusia 74 tahun itu berkenalan dengan individu dikenali Freddie Khoo di media sosial itu pada Julai lalu.

Menariknya mangsa ditawarkan geran bantuan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bernilai AS$150,00.

“Suspek berhubung menerusi aplikasi WhatsApp menggunakan nombor +14697370743 dengan mangsa sebelum lelaki itu membuat bayaran pendahuluan RM12,800.

“Suspek kemudiannya menaikkan tawaran kepada USD 900,000 (RM3.63 juta) supaya mangsa dapat membuat pembayaran lebih untuk mendapatkan geran itu.

“Sepanjang Julai hingga Disember tahun lalu, sebanyak 64 transaksi dibuat ke dalam 10 akaun bank tempatan berjumlah RM3.81 juta,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Johor, Asisten Komisioner Mohd Salleh Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Mangsa merasakan dirinya ditipu apabila mendapati geran seperti yang dijanjikan, selain dimaklumkan geran bantuan yang ditawarkan sudah ditamatkan dan perlu membuat permohonan baharu semula.

Katanya, susulan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Tampoi dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420

(Visited 419 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button