Nasional

Malaysia bawa kebimbangan Laut Cina Selatan ke peringkat antarabangsa

KERAJAAN memaklumkan sudahpun menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan di perairan Laut China Selatan di peringkat antarabangsa.

Malah Malaysia juga sudahpun menyatakan pendirian terhadap krisis di perairan itu dalam Mesyuarat Menter-Menteri Luar ASEAN.

Dalam mesyuarat tersebut, kerajaan menegaskan supaya penyelesaian krisis berkenaan dilakukan dengan pendekatan diplomatik dan mematuhi undang-undang antarabangsa.

“Perkara ini telah disuarakan di peringkat serantau dan antarabangsa.

“Kerajaan telah mengambil pendekatan diplomasi dengan negara yang berkaitan.

“Malaysia menegaskan Laut China Selatan mesti kekal sebagai laluan perdagangan dan perairan yang aman.”

Demikian penjelasan diberikan Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar dalam Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Datuk T.Mohan berhubung kehadiran kapal-kapal perang di perairan tersebut.

Perkara demikian dikhuatiri mendatangkan kebimbangan terhadap kapal-kapal dagang yang menggunakan perairan tersebut.

Justeru, satu jaminan mesti diberi bagi memastikan kapal-kapal perdagangan selamat ketika melalui Laut China Selatan yang kini berhadapan krisis perebutan oleh China.

Dalam pada itu juga, beliau memaklumkan negara akan memastikan Kod Tata Laku (COC) di Laut China Selatan akan dipatuhi.

KAMARUDIN JAFFAR

COC berkenaan akan dimuktamadkan kelak antara negara-negara ASEAN dengan China bagi memastikan kedaulatan dan hak negara terus terpelihara.

“Semasa Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean pada 9 hingga 12 Sept lalu, kerajaan sekali lagi telah menegaskan pendirian Malaysia terhadap Laut China Selatan.

“Isu ini perlu diselesaikan secara damai menerusi pendekatan diplomatik selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa,” jelasnya.

Terdahulu, China membuat tuntutan terhadap sembilan dash di Laut China Selatan, kerana menurut negara itu ia pernah menjadi milik mereka pada 1917-1949.

Tuntutan tersebut bertindih kerana melibatkan beberapa perairan dan pulau milik negara seperti Malaysia, Filipina, Vietnam, Brunei dan Indonesia. – SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button