Mahkamah

Lelaki dipenjara 5 tahun langgar anak tiri

MELAKA 14 Jan. – Tindakan seorang pengawal keselamatan melanggar anak tirinya berusia 10 tahun membawa padah apabila lelaki itu dihukum penjara lima tahun dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh di sini hari ini.

Tertuduh, Ramlah Abdul Karim, 32, yang juga bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut dijatuhi hukuman itu selepas dia membuat pengakuan bersalah selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan tersebut
di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas anak tirinya berusia 10 tahun menggunakan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 warna biru pada pada 7 Jan lalu di hadapan Kuarters Klinik Desa, Kampung Padang, Melaka.

Tertuduh didakwa mengikut Sekyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebat atau mana-mana hukuman.

 

Timbalan Pendakwa Raya, N. Shivasangari memohon agar mahkamah mengenakan hukuman yang lebih berat dan setimpal terhadap bagi memberi pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat.

 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimana merayu hukuman diringankan dan menyesal terhadap perbuatannya. Dia memberi alasan mempunyai enam tanggungan termasuk ibu dan ayah.

 

Hakim Nariman kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun daripada tarikh tertuduh ditangkap, serta denda RM2,000 dan jika tidak dibayar penjara dua bulan.

 

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button