Nasionalpilihan

Warga emas maut disamun

Seorang wanita warga emas yang tinggal seorang diri ditemui meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa samun didapor rumah kediamannya di Kampung Pulai Darat, di sini, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian daripada jiran mangsa kira-kira pukul 3.45 pagi tadi.

Menurutnya, bertindak daripada maklumat tersebut polis bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan di bahagian dapor menemui mangsa, Misah Md. Amin, 91, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

“Bertindak daripada maklumat yang diperolehi, polis berjaya menahan seorang pemuda dalam lingkungan usia 20-an di sebuah lokasi berhampiran kira-kira pukul 8.00 pagi,” ujarnya di sini hari ini.

Mohd. Fadzli berkata, hasil siasatan ke atas suspek mendapati dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan berkaitan kes samun.

Menurutnya, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis cuba mengenal pasti motif kejadian yang menimpa Misah. – SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button