Jenayah

Warga emas kerugian RM247,000 diperdaya individu menyamar pegawai KKM

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 12 April – Seorang wanita warga emas terjerat dengan kegiatan Macau Scam apabila apabila kehilangan
wang simpanannya sebanyak RM247,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Superintendan E Sundra Rajan berkata, wanita berusia 60
tahun pada mulanya mendapat panggilan daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, suspek memaklumkan butiran peribadi mangsa sebagai penerima vaksin telah digunakan oleh
individu lain.

Beliau berkata, mangsa seterusnya diminta memberi kerjasama dengan KKM yang menyiasat mengenai perkara
tersebut.

“Wanita itu pula dihubungi seorang anggota polis yang juga menyamar mendakwa mangsa terlibat dengan kes
jenayah penggubahan wang haram dan akan diambil tindakan sekiranya enggan memberi kerjasama.

“Sindiket itu meminta mangsa memberikan segala maklumat termasuk nombor akaun bank, nombor pin dan kata
laluan perbankan dalam talian.

“Tanpa usul periksa wanita itu memberikan segala butiran yang dikehendaki dan seterusnya bertindak
memindahkan wang mangsa ke dalam akaun milik suspek,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kes kedua pula kata Sundra Rajan berkata, seorang pelajar daripada institut pengajian tinggi awam
(IPTA) berusia 21 tahun pula kerugian RM12,000 selepas diperdaya juga suspek yang turut menyamar sebagai
pegawai KKM.

Katanya, modus operandi yang sama digunakan oleh kegiatan sindiket Macau Scam dengan menyamar sebagai
pegawai KKM.

Menurutnya, kedu-dua mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Batu Berendam dan Balai Polis Simpang
Ampat, Alor Gajah pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button