Nasional

Pastikan kelancaran perancangan, pelaksanaan projek di P. Pinang – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim harap semua kementerian dan agensi yang berkaitan memberi perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek di Pulau Pinang  secara berkesan.

Katanya, projek-projek itu merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya warga Pulau Pinang di kawasan luar bandar yang akan menikmati manfaat dalam jangka masa panjang.

“Saya telah mempengerusikan Taklimat Pembangunan Pulau Pinang yang dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Pendidikan dan beberapa anggota pengurusan kanan kementerian dan Kerajaan Pulau Pinang yang lain.

“Pelbagai projek pembangunan dan perancangan seperti menaik taraf dan membina infrastruktur kemudahan rakyat telah dibentang dan dibincangkan yang merangkumi aspek pengangkutan, utiliti, alam sekitar dan kesihatan.

“Antara projek yang menjadi keutamaan di Pulau Pinang adalah Pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 2 di Bayan Lepas yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan tahun ini.

“Ketika taklimat, saya turut meminta kerajaan negeri dan kementerian untuk memberi fokus kepada program pembasmian kemiskinan.

“Pembangunan gerai peniaga-peniaga kecil harus diberi perhatian terutamanya untuk dinaik taraf.

“Saya turut singgung soal kos pemilikan yang semakin tinggi dan tidak lagi mampu dibeli oleh rakyat kebanyakkan.

“Saya sarankan agar pihak pemaju dikenakan syarat menyediakan rumah kos rendah dalam kawasan pemajuannya,” katanya dalam kenyataan di X. – SM

 

(Visited 12 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button