NasionalPenyakit

Kontena khas simpan mayat pesakit Covid-19

Hospital Sungai Buloh terpaksa sediakan kontena khas simpan mayat pesakit Covid-19

Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini memaklumkan bahawa Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah/mayat yang meninggal dunia kerana wabak Covid-19.

Pada hari semalam sahaja, enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu. Menurut data yang dikumpulkan, lebih 80% kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini adalah daripada golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.

Sebanyak 3,780 kes Covid-19 dengan 36 kematian direkodkan pada hari Ahad, manakala kes sembuh pula adalah 3,990. Selain itu, 520 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 272 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan dan kes aktif COVID-19 di seluruh negara kini berjumlah 42,135.

Ruang dalaman kontena khas penyimpanan mayat pesakit Covid-19 di Hospital Sungai Buloh. – Gambar FACEBOOK KKM

Kebanyakan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat. Nasihat dari KKM, jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka.

Selain itu, sebagai makluman semua, KKM juga bertanggungjawab menguruskan jenazah/ mayat positif Covid-19.

Di Hospital Sungai Buloh, pengurusan jenazah/mayat Covid-19 diamanahkan kepada kakitangan Jabatan Perubatan Forensik.

Pengurusan jenazah oleh kakitangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh. -Gambar FACEBOOK KKM

Selepas proses pengecaman oleh waris, jenazah/mayat diuruskan mengikut agama masing-masing sehinggalah urusan pengkebumian dengan prosedur ketat.

Bagi jenazah Islam, urusan mandi jenazah dibuat secara tayyamun, mengkafan dan solat jenazah diketuai ustaz (orang awam) yang telah dilatih khas. – SM

(Visited 570 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button