NegeriPolitik

Boleh pakai songkok putih di Sidang DUN Perlis

BUAT pertama kali kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibenarkan bersongkok putih bagi menghadiri Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 di Kompleks DUN di Kangar hari ini.

Sebelum ini tatacara pakaian ADUN semasa bersidang adalah baju kebangsaan bersongkok hitam dan “lounge suit” bersongkok hitam.

Fakhrul Anwar memakai songkok putih pada hari pertama Sidang DUN Perlis hari ini.

Ia disambut baik kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selaras dengan kepimpinan baharu di Perlis.

Exco Kerajaan Negeri, Fakhrul Anwar Ismail pula menjadi ADUN pertama yang memakai songkok putih.

Ketika ditemui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS – Bintong ini mengakui selesa menggenakan baju kebangsaan bersama songkok putih yang menjadi kebiasaan pakaian sehariannya.

“Cuma disebabkan songkok ini berwarna putih maka kena pastikan ia sentiasa dalam keadaan elok dan bersih,” katanya.

Sekalipun pada hari pertama Sidang DUN ini dia seorang sahaja memakainya, Fakhrul Anwar berharap esok ada sehari lagi Sidang DUN, akan menjadi ikutan kepada rakan-rakan yang lain-lain.

“Jika seragam juga maka ia akan kelihatan nampak menarik apabila dilihat di dalam dewan,” katanya.

Tambahnya, rakyat pun akan sedia maklum mengenai pakaian baharu ini apabila mereka melihat siaran “live” dari Facebook (FB) Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis. -SM

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button