KesihatanNasionalPenyakit

Vaksinasi Covid-19 harian terus meningkat – Dr. Adham Baba

MENTERI  Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mencatat peningkatan dengan pemberian 215,876 dos semalam, sekali gus mencapai sasaran vaksinasi harian yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu 200,000 dos sehari.

Beliau berkata, daripada jumlah pemberian vaksin semalam, seramai 160,226 individu menerima dos pertama manakala 55,650 lagi menerima dos kedua.

‘”Seramai 1,468,689 individu telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin Covid-19 dan 3,435,420 individu telah menerima dos pertama.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 4,904,109,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Katanya, lima negeri yang mencatat penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 187,443 diikuti Sarawak, 168,471; Johor (142,868); Perak (139,612) dan Kuala Lumpur (131,882).

Dalam pada itu, Dr. Adham berkata, berdasarkan perkongsian laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin Covid-19, seramai 13,837,410 pendaftaran direkodkan semalam dengan perkembangan nasional sebanyak 59.10 peratus.

Selangor menjadi negeri tertinggi yang merekodkan jumlah pendaftaran itu sebanyak 3,513,960; diikuti Johor, 1,727,211; Sarawak 1,323,339 dan Kuala Lumpur 1,168,192, katanya. – SM

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button