Nasional

Wanita warga emas rugi RM3.38 juta akibat Macau Scam

DUA lelaki ditahan kerana terlibat dengan kegiatan penipuan Macau Scam yang melibatkan kerugian berjumlah RM3.38 juta.

Difahamkan, kedua-dua lelaki berusia 36 dan 34 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya bertindak selepas menerima aduan daripada seorang wanita berusia 90 tahun.

“Modus operandi yang digunakan sama seperti sebelum ini dengan memberitahu mangsa terlibat dengan sindiket penggubahan wang haram.

“Mangsa yang risau dengan ugutan tindakan undang-undang telah memindahkan wang berjumlah RM3.38 juta ke tujuh akaun berbeza secara berperingkat bermula 20 April hingga 15 Jun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, kedua-dua suspek telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button