Nasional

Berita baik untuk penjawat awam boleh bayar ansuran insurans, cukai jalan kenderaan

INI mungkin berita baik kepada penjawat awam apabila berpeluang membuat pembayaran ansuran untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor milik sendiri dan cukai jalan tanpa faedah melalui potongan gaji.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata inisiatif itu boleh membantu penjawat awam yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, kemudahan itu akan dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) dan sebuah syarikat takaful.

“Ketika ini premium insurans kenderaan dan cukai jalan cukup mahal. Jadi, penjawat awam akan diberi ruang dan peluang untuk membayar secara ansuran,” katanya pada sidang media selepas memulakan tugas secara rasmi di KSM di sini hari ini bersama timbalannya, Datuk Awang Hashim.

Saravanan yang kembali menerajui KSM di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia adalah antara 20 inisiatif khas berimpak besar yang akan dilaksanakan sebagai pencapaian 100 hari pertama seperti yang dikehendaki Perdana Menteri.

Sementara itu, katanya, KSM menerusi PERKESO akan meneruskan cadangan untuk melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) iaitu perlindungan keselamatan sosial untuk kira-kira 2.99 juta surirumah pada tahun depan.
(Visited 240 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button