Nasional

Barisan hadapan gembira dapat burger angus disampaikan Pemangku Raja Perlis

SEBANYAK 50 warga kerja barisan hadapan atau ‘frontliners’ di Hospital Cyberjaya dan juga 20 Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya menerima sumbangan berupa ‘Angus Burger With Curly Fries’ setiap seorang sempena program kayuhan berbasikal amal yang diketuai oleh Pemangku Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di sekitar Cyberjaya pada ahad petang.

Sumbangan tersebut adalah daripada Restoran Me’nate Steak Hub yang dihadiri sama oleh Azuan Arif Tan Sri Mohd Ariffin yang merupakan Pengarah Eksekutif, Palace Butcher Resources Sdn Bhd (PBRSB) yang mengendalikan restoran berkenaan.

Menyambut persinggahan Baginda diiringi kira-kira 50 peserta yang lain dalam kalangan kepimpinan pelbagai agensi serta jabatan dan ahli koporat dalam kayuhan yang dihoskan oleh Futurise Sdn Bhd (Futurise) Cyberjaya yang turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Rosihan Zain Baharudin di Hospital Cyberjaya ialah Pengarah Hospital, Dr. Shahabudin Ibrahim.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dipersembahmaklumkan oleh Dr. Shahabudin bahawa Hospital Cyberjaya telah memulakan operasi pada 11 November 2022 yang menempatkan 9 tingkat serta memuatkan kapasiti 288 katil dan beroperasi sebagai hospital pakar ‘major’ dengan 14 disiplin kepakaran.

Menurut beliau, ‘Hospital Cyberjaya merupakan hospital pakar ‘major’ yang menyediakan perkhidmatan kepakaran yang disokong dengan peralatan dan teknologi yang canggih. Faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini meliputi kecekapan tenaga, kecekapan penggunaan air dan penggunaan bahan yang mesra alam melalui pengasingan bahan buangan secara efektif’.

Tuanku Pemangku Raja Perlis tidak melepaskan peluang untuk menyantuni dan beramah mesra bersama para petugas barisan hadapan khususnya dengan lima orang anak-anak Perlis yang bertugas pada shift tersebut yang tampil memperkenalkan diri mereka.

Sementara itu di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya pula, Baginda telah dipersembahkan taklimat mengenai statistik pencapaian semasa dan tahun-tahun sebelumnya mengenai rekod balai tersebut. Pasukan bomba juga mengadakan sesi demonstrasi bagaimana untuk memadam kebakaran sekiranya berlaku di dapur rumah yang kerap menjadi punca kebakaran. Para tetamu yang hadir juga turut diberi taklimat tentang apa yang patut dilakukan sekiranya bertemu ular atau haiwan berbisa dan tips yang dapat menyelamatkan diri.

Muhammad Zaikunor Afendi Muhammad Nordin, Ketua Balai mempersembahkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuanku Pemangku Raja Perlis dan peserta kayuhan yang lain kerana telah sudi melapangkan masa singgah di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya. Beliau juga turut menasihati masyarakat agar sentiasa mengambil langkah-langkah penting dan sentiasa peka bagi mengelakkan sebarang kebakaran dan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan rasa gembira kerana program kayuhan yang cukup sinonim dengan Baginda tersebut dapat sekali lagi dijalankan meskipun berada di luar Perlis dan mendapat sambutan yang luar biasa dari para peserta. Baginda juga berterima kasih kepada pihak Hospital dan Balai Bomba yang telah berkongsi maklumat-maklumat penting dan bermanfaat untuk semua.

 

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button