NegeriRencah Hidup

Setiap ibu perlu dalami ilmu keibubapaan

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya semua wanita yang telah dan akan bergelar sebagai ibu supaya berusaha untuk mendalami ilmu keibubapaan.

Titah Baginda, ia sebagai persediaan untuk melahirkan dan mendidik modal insan yang terbilang dalam era globalisasi ini.

Barisan penal pada Tuanku Syed Faizuddin Putra melancarkan Pembukaan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) – “Women In Search of Excellence”Putra.

Baginda bertitah, ini adalah kerana sentuhan keibuan telah bermula sejak dari bayi dilahirkan di dunia.

“Detik pertama bayi dilahirkan, bayi akan diletakkan pada ibunya dan momen ini menunjukkan betapa pentingnya sentuhan seorang ibu kepada anak,” titah Baginda.

Titah Baginda lagi, sentuhan keibuan mampu untuk mendidik jasmani dan rohani anak-anak dengan cara yang lebih halus dan penuh kasih sayang.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, ini kerana sentuhan keibuan juga berkait rapat dengan pembinaan kemahiran insaniah kepada seseorang.

Kamaruddin berucap pada Tuanku Syed Faizuddin Putra melancarkan Pembukaan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) – “Women In Search of Excellence”Putra baru-baru ini.

Titah Baginda, kemahiran insaniah atau “soft skills” ini merangkumi tujuh aspek penting iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moralini profesion serta kemahiran kepimpinan.

“Kita juga dapat melihat, apabila seorang ibu menggenggam tangan anaknya dengan memberi sokongan dan dorongan yang jitu kepada seorang anak, keyakinan dalam diri anak meningkat dan perasaan ingin melakukan yang terbaik dalam setiap matlamat yang ingin dicapai juga meningkat,” titah Baginda.

Pemangku Raja Perlis ketika bertitah demikan ketika berkenan merasmikan Pembukaan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) – “Women In Search of Excellence” bertajuk “Sentuhan Keibuan Dalam Membangunkan Kemahiran Insaniah di Era,”.

Webinar Siri ke-20 tersebut adalah anjuran bersama antara pihak YTF dengan Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE).

Ia turut mendapat kerjasama teknikal daripada Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Perlis.

Terdahulu daripada itu disampaikan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi FCoEE yang memegang slogan “Insentif Minda Pemangkin Bangsa” iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin.

Sesi awal menampilkan ahli-ahli panel ‘Forum Bual Bicara’ terdiri daripada Prof. Datuk Gs. Dr. Narimah Samat, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM); Prof. Madya Ir. Dr. Umi Fazara Md Ali, Pengarah Centre of Engagement, UniMAP; dan Wan Saniah Wan Yahya, Pengarah Pusat Kaunseling, UniMAP.

Slot tersebut dimoderatorkan oleh Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling, SMK Agama Perempuan Kangar, Nurul Najha Saidin.

Perasmian penutupannya disempurnakan pada sebelah petangnya oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pengerusi YTF. – SM

BACA Raja Puan Muda berkenan menutup Webinar “Wanita Sihat, Anggun, Berkarisma”

BACA Raja Muda Perlis bekenan rasmi Webinar Yayasan Tuanku Fauziah Siri 16

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button