Nasionalpilihan

Wanita tawar rasuah RM21,000 bagi bebaskan rakan ditahan polis

POLIS menahan seorang wanita selepas cuba menawarkan wang rasuah berjumlah RM21,000 kepada pegawai dan anggota polis bagi membebaskan rakannya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, wanita tersebut berbuat demikian kepada Inspektor Liaw Ken Yeh dan Detektif Sarjan Zulkifli Nordin pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

“Suspek telah diberi amaran supaya tidak berbuat demikian namun tidak diendahkan.

“Kita kemudian telah menangkap suspek dan merampas wang tersebut. Suspek kemudian diserakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mengulas mengenai tangkapan rakannya, Eng Lai berkata, pihaknya sebelum itu telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun yang menaiki kereta jenis Myvi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.


Jelasnya, hasil pemeriksaan di dalam kenderaan suspek menemukan 13 peket plastik berisi bahan disyaki dadah (meth) dan tiga peket plastik berisi dadah jenis heroin.

“Hasil saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah dan mempunyai satu rekod dadah. Suspek kini ditahan selama tujuh hari sehinga 19 September depan

“Jumlah dadah yang dirampas diangarkan bernilai RM16,968.20 dan kesemua dadah tersebut boleh dibekalkan kepada 337 penagih,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. – SM

(Visited 72 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button