Luar Negara

Emirates tangguh beberapa penerbangan AS atas kebimbangan 5G

KAHIRAH: Syarikat penerbangan Emirates Dubai semalam mengumumkan bahawa ia akan menangguhkan penerbangan ke beberapa destinasi di AS mulai 19 Jan sehingga diberitahu kelak kerana kebimbangan mengenai penggunaan mudah alih 5G.

“Langkah itu disebabkan kebimbangan operasi yang berkaitan dengan penggunaan terancang perkhidmatan rangkaian mudah alih 5G di AS”, kata syarikat itu.

Ia berkata destinasi itu termasuk Boston, Chicago, Dallas Fort Worth, Houston, Miami, Newark, Orlando, San Francisco dan Seattle.

Penerbangan Emirates ke JFK New York, Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles dan Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles Washington DC akan terus beroperasi seperti biasa, tambah syarikat itu.

“Kami bekerjasama rapat dengan pengeluar pesawat dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengurangkan kebimbangan operasi, dan kami berharap dapat menyambung semula perkhidmatan AS kami secepat mungkin,” kata syarikat penerbangan itu.

Rumah Putih berkata awal semalam bahawa ia mahu mencapai penyelesaian mengenai penggunaan 5G yang melindungi keselamatan udara sambil meminimumkan gangguan kepada perjalanan udara.

 

(Visited 159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button